fbq('track', 'ViewContent');

Spinner Paling Mahal di DUNIA Harga USD17k

Gila!!! Mungkin itu je perkataan yang terlintas dalam hati korang. Betul? Memang sekarang trend orang main spinner nih. Dah memang ada spinner yang mahal kat pasaran, tapi ini SUPER mahal punya spinner.

Spinner ni direka oleh Caviar, sebuah syarikat daripada Russia yang mereka barang-barang kemas. Spinner ni dibuat daripada salutan emas je pun, bukan buat daripada seketul emas. Target dorang pun tentu untuk orang-orang yang super KAYA, memang duit tak habis nak makan.

Ok, cuba perhatikan logo kat spinner tu. Kalo korang perasan, ada macam lambang pengakap kat atas tu. Ha, kalo ada yang terbaca cerita-cerita yang melibatkan pemikiran diluar kotak, tentu sudah tau rahsia ni.

Jika ada orang2 kita yang terniat nak beli, elok batalkan je la. Memang duit tu, duit korang. Tidakkah anda tau bahawa masih ramai orang yang memerlukan duit tersebut hanya sekadar untuk mengisi perut yang kosong. Lagipun kalo buat amal jariah ni, yang untung korang jugak esok2 nanti.



Perang Dunia Ketiga Sudah Menunjukkan Tanda-tandanya?

USA vs Korea Utara. Jangan ingat ini perlawanan bola sepak Piala Dunia dah start. Bukan-bukan. Ini adalah kemungkinan bibit-bibit perang nuklear yang mungkin sahaja berlaku. Perkara sangat mendebarkan semua negara.

Sejak Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak jauh yang dikatakan dapat sampai ke Amerika, Presiden USA, Donald Trumph seperti tidak senang duduk lagi. Beliau telah respon dengan mengatakan tentera-tentera USA telah bersedia untuk menghadapinya.

Manakala Korea Utara juga telah mengatakan bahawa mereka juga telah bersedia untuk berperang dengan USA tu. Bila-bila masa je boleh hantar peluru berpandu tersebut. Tunggu arahan je.

Sekarang, masing-masing bermain perang psikologi terlebih dahulu. Ini kerana masing-masing tahu, jika betul2 nak berperang, memang banyak kerugian boleh berlaku. Rasanya si Donald takkan mahu jika perlu berperang di negara sendiri. Tentu dia akan cuba alih untuk berperang di negara lain. Maklumlah, pengkalan tentera USA ada di merata tempat. Jadi, tengoklah negara sapa yang akan hancur.

Di Negara Singapura pun ada pengkalan tentera USA ni. Dekat la pulak dengan negara kita. Naknya buat miss bila lancar peluru berpandu oleh Korea Utara, tak ke gila jadinya.

Harap2 dorang je gurau-gurau je la... Sengsara kalo betul2 perang.

Jika betul2 terjadi perang ini, kemungkinan perang dunia ketiga akan berlaku. Tidakkah dorang ni tau pepatah melayu " Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu". Yang takutnya, arang bukan negara USA, yang jadi abu pun bukan Korea Utara. Jadi siapa? Lu pikir la sendiri!(ambil trademark Nabil sikit)



Neymar konpem main PSG?

£200juta diminta oleh Barcelona utk Neymar main bola di PSG.  Pergh,  gila betul, rekod baru transfer tahun ni.

Lagipun dengar khabar, Neymar memang nak pindah main kelab baru. Dia nakkan team yang boleh memberinya cabaran baru.  Di Barcelona, semua pemain bagus dan taraf dunia. Takde hal nak passing dengan tepat utk bg ruang utk dia score gol.

So, peminat Barcelona, jangan kuchiwa, masih ramai pemain2 bagus walaupun tahun ni dapat tempat kedua liga.

Bila la pemain Malaysia nak dapat transfer juta2 macam ni. 

Chester Bennington Bunuh Diri Kerana Ikut Kawan Baik Yang Bunuh Diri?

Adakah anda tau sebelum Chester Bennington membunuh diris sendiri pada Julai yang lalu, kawan baiknya, Penyanyi Audioslave, Chris Cornel jugak telah mengambil nyawanya sendiri. Mungkin anda berfikir Chester ingin menemani kawan baiknya. Hentikan lawak begini, kawan.

Chris telah mengambil tindakan ini lebih awal iaitu pada May 2017. Berselang kemudian baru la Si Chester pula membunuh diri. Macam2 spekulasi berlaku disebabkan kejadian membunuh secara berantai ini. Oleh itu, sekali lagi, hentikan spekulasi.

Kita tentu hairan, kenapa? Dah ada segalanya tapi masih lagi mengambil nyawa sendiri. Walaupun, masing2 ada pengalaman pahit ketika waktu dulu yang menghantui, contohnya Chester yang didera ketika zaman kanak-kanaknya yang dikatakan salah satu sebab untuk membunuh diri.

Rasanya diri mereka ini kekosongan jiwa. Jiwa yang tiada terisi dengan iman tentu senang untuk mengambil tindakan begini.

Tetapi, adakah anda tau, bahawa orang Islam yang mempunyai sahabat yang baik(yang banyak amal solehnya, ketika itu berada di syurga) boleh mengeluarkan sahabatnya yang berada di neraka. Oleh itu, marilah kita berkawan dengan mereka yang baik ini seramai yang mungkin. Kita tak tau esok2, adakah kita berada di neraka atau syurga.


Penyanyi Linkin Park Bunuh Diri atau di Bunuh



 Sape yang tak kenal penyanyi utama kumpulan Linkin Park, Chester Bennington telah pun meninggal dunia. Ramai fans yang bersedih dan meratapi pemergian beliau. Khabarnya, dunia belum tau kenapa beliau membunuh diri dan siasatan masih dijalankan. Jadi jangan pandai-pandai buat spekulasi sendiri.

Walaupun begitu, beliau bukan artis yang pertama membunuh diri seperti Kurt Cobain, Michael Jackson, Marilyn Monroe dan ramai lagi. Kita hairan kenapa artis-artis ini membunuh diri walaupun dah famous, ada duit banyak, kereta mewah, rumah besar dan segala kemewahan.

Jika anda suka baca berita diluar kotak, banyak spekulasi menyatakan artis-artis ini dibunuh kerana dah tak mau menjadi boneka untuk merosakkan 'humanity' bila mereka tersedar dan ingin kembali ke pangkal jalan daripada merosakkan diri sendiri dengan dadah atau arak. Dan yang lebih besar, ingin keluar daripada cengkaman pihak ketiga(???). Adakah Chester Benninton pun dibunuh? Mungkin itu pun akan menjadi misteri.

Keluarga beliau telah mengebumikan si penyanyi bersuara garau dan menjerit-jerit seperti kena histeria di sebuah kubur persendirian. Upacara pengebumian dilakukan secara private je. Takder nak heboh-heboh kat akhbar pun.

Tapi tau kah anda, berapa ramai orang kita yang meratapi pemergian bulan Ramadhan yang penuh barakah dan rahmat ini. Tepuk dada, tanya diri sendiri.